Khamis, 22 Disember 2011

biodata


NAMA   : MUHAMMAD HILMI BIN MAHFOL
MATRIK : A128153
PROGRAM: PEMBANGUNAN MANUSIA
FAKULTI: FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN,UKM
TAHUN  : 3
SESI   : 2011/2012

KURSUS PB : TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
KOD KURSUS: GGGE3123
TUTOR     : JUMAAT (0800-1000)
TEMPAT    : MAKMAL 3, FAKULTI PENDIDIKAN,UKM


video kumpulan


bakul sampah dari sampah...
cubalah

Khamis, 8 Disember 2011

teknovasi

A Glimpse
Arkitek Rusia, Alexander Remizov baru-baru ini mengumumkan kepada dunia kepada idea kepada hotel mesra alam yang mungkin kelihatan seperti gambar di bawah pada masa akan datang.
Alexander Remizov telah menghasilkan reka bentuk hotel yang diilhamkan daripada sistem tenaga stesen angkasa. Reka bentuk yang dinamik  ini membolehkan hotel A Glimpse berdikari dari segi kuasa iaitu  melalui penggunaan sistem tenaga bersepadu dengan bekalan kuasa tanpa had menggunakan kaedah alternatif. Sistem kuasa ini amat mesra alam dan hanya menggunakan tenaga boleh diperbaharui sebagai tenaga operasi utamanya.


Continuance battery recharge
Alat konsep ini direka oleh Haimo Bao, Hailong Piao, Yuancheng Liu dan Xiameng Hu. Alat ini merupakan penyelesaian kepada bateri cas yang diguna pakai dalam gajet elektronik pada masa kini. Alat ini berfungsi sebagai kuasa sel mudah alih dan dikatakan mampu membekalkan tenaga elektrik kepada satu laptop.



Jam Tangan Tokyoflash
Jam tangan konsep Tokyoflash ini di reka bentuk oleh pereka Olivier Demangel, reka bentuk yang unik plat dan dail berongga dengan sel solar bersepadu. Jam ini mampu melihatkan suhu, masa, kalender dan sebagainya. Jam tangan ini juga bersuara. Bentuk jam tangan ini sangat unik dan ada yang mengaitkannya sebagai jam tangan evolusi masa hadapan.



XBOX 720 / XBOX 3
Satu generasi permainan konsol XBOX keluaran Microsoft. Konsol ini sangat canggih dan tahan kepada sebarang tekanan. Ia memberikan dimensi baru kepada semua pemain game dalam talian.  Dengan menggunakan pemprosesan terbaru dan kuasa bateri yang tahan sehingga 6 jam, konsol ini dilihat mampu memenuhi pasaran game antarabangsa. Tahun keluaran dijangkakan pada 2012. 



Eco  DriveMonorel (EDM)
Konsep infrastruktur kereta api masa depan. Operasi yang cekap yang menggabungkan nilai lama dan baru. Secara amnya, konsep yang direka adalah dua kereta api bergerak dalam satu arah atau boleh bergerak dalam arah yang berbeza. Ia menawarkan pelbagai teknologi mesra alam dan ciri-ciri reka bentuk yang inovatif.



iCup
iCup adalah konsep inovatif yang dicipta khusus oleh Apple  yang dapat pemanaskan setiap minuman dalam cawan dengan menghubungkannya dengan notebook pengguna, melalui peranti yang menyokong sambungan USB. Tujuan utama dari projek ini adalah untuk menyediakan notebook yang mesra pengguna.



NASA Commercial Aircraft
NASA telah mengeluarkan imej pesawat komersial yang dijangkakan akan beroperasi pada 2025. Pesawat ini di bangunkan dengan reka bentuk yang maju dan mempunyai dua fiuslaj yang bergabung. Pesawat ini juga mempunyai teknologi mesra alam dan membakar minyak 50% kurang daripada pesawat komersial biasa. Model pesawat ini dilihat mampu dibangunkan sebagai pesawat pelancongan ke angkasa.



Mercedes-Benz BIOME


Mengambil inspirasi dari alam semula jadi, reka bentuk kenderaan ini diintegrasikan sepenuhnya ke dalam ekosistem, iaitu dari penciptaannya hingga ke akhir hayat penggunaannya. Kereta ini direka dengan menggunakan tenaga udara untuk bergerak. Manakala badan kereta ini dibuat dengan bahan kompos yang dimajukan. Kereta ini sangat mesra alam dan dijangka keluar pada akhir 2015. 



Honda Flying Car
Syarikat Honda telah membuat satu lagi revolusi dalam rekaan keretanya dengan memperkenalkan kereta konsep udara. Kereta ini telah diperkenalkan dan direka oleh Studio Reka Honda di California. Honda mengambil inspirasi dari sukan terjunan udara dan roller coaster, menggunakan udara termampat sebagai sumber tenaga utama. Kereta ini dilihat sebagai peneraju dalam industry kereta terbang pada masa hadapan.



The SHOOTRITE KATANA
Senapang masa hadapan bagi tujuan pertempuran dalam bandar. Inspirasi dari pedang Katana, senapang ini  dihasilkan oleh syarikat Red Jacket. Senapang ini berkemampuan seperti M4 dengan jarak tembakan yang lebih tepat. Senapang ini dihasilkan dengan rekaan separa komposit yang menjadikannya lebih ringan dan sesuai digunakan dalam pertempuran jarak dekat. 


 

Rabu, 7 Disember 2011

video bahan bantu mengajar (BBM)_youtube

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar. Bahan bantu mengajar ini merangkumi alat, benda, perkakasan dan kelengkapan daripada sumber pendidikan. Tujuan utama mengadakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran adalah untuk memudahkan dan menjimatkan masa penyampaian isi pengajaran. Ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan guru dapat menerangkan konsep dengan tepat. Berikut antara beberapa video yang boleh digunapakai sebagai bahan bantu mengajar(BBM) :

jangan pening_1

jangan pening_2


jangan pening_3


jangan pening_4


jangan pening_5


jangan ketawa_1


jangan ketawa_2

yellowpages

menunggang dengan selamat, ingatlah orang tersayang

long lamp...wrong vision

Khamis, 24 November 2011

DASAR TEKNOLOGI HIJAU NASIONAL



DTHN merupakan dasar penting untuk meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi salah satu usaha untuk menggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang berbahaya kepada persekitaran.
Galakan fizikal peruntukan kewangan untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi hijau sebagai penjana nilai tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
Ketika ini, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu, nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Secara konsep, teknologi hijau ditakrifkan sebagai “pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar”.
Tonggak utama DTHN meliputi tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat.
Antara usaha yang dilakukan untuk menyokong pembangunan teknologi hijau di Malaysia ialah dengan menyediakan persekitaran pembangunan teknologi hijau yang kondusif. Pembangunan industri teknologi hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan perlu sokongan dari aspek kewangan dan fizikal. Pada masa yang sama, usaha memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri teknologi hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri perlu dilakukan untuk memudahkan masyarakat menerima konsep dan objektif teknologi ini. Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap teknologi hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan sangat penting.  
Selain itu, menubuhkan hab teknologi hijau yang strategik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama merupakan strategi bijak yang perlu dilakukan supaya teknologi ini dapat diperluaskan pembangunannya.
Negara juga perlu menyediakan sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan teknologi hijau. Untuk mencapai hasrat ini, bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan teknologi hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah perlu diperkasakan. Selain itu, program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri teknologi hijau. Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang teknologi hijau dan pengeksploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor teknologi hijau juga perlu diperbanyakkan.
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi Dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos teknologi hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC. Selain itu, keperluan teknologi hijau pada masa hadapan perlu difikirkan agar teknologi ini bukan hanya di mulut sahaja tetapi diaplikasikan.  Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan   atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau juga wajar dibentuk.
Promosi yang efektif dan kesedaran awam antara dua faktor utama lain yang mempengaruhi kejayaan pembangunan teknologi hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam teknologi hijau. Selain itu, penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan teknologi hijau. Memupuk budaya menghayati teknologi hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif serta mengadakan Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi teknologi hijau supaya memudahkan masyarakat menerima pakai kelebihan teknologi ini.
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa teknologi hijau merupakan satu pendekatan baru yang berpotensi diterokai Malaysia dalam mengoptimumkan penggunaan tenaga. Dengan wujudnya dasar teknologi hijau nasional ini diharapkan Malaysia mampu mencapai status negara maju pada masa akan datang.