A Glimpse
Arkitek Rusia, Alexander Remizov baru-baru ini mengumumkan
kepada dunia kepada idea kepada hotel mesra alam yang mungkin
kelihatan seperti gambar di bawah pada masa akan datang.
Alexander Remizov telah
menghasilkan reka bentuk hotel yang diilhamkan daripada sistem tenaga
stesen angkasa. Reka bentuk yang dinamik ini membolehkan hotel A
Glimpse berdikari dari segi kuasa iaitu melalui
penggunaan sistem tenaga bersepadu dengan bekalan kuasa tanpa had menggunakan
kaedah alternatif. Sistem kuasa ini amat mesra alam dan hanya menggunakan
tenaga boleh diperbaharui sebagai tenaga operasi utamanya.
Continuance battery recharge
Alat konsep ini direka oleh
Haimo Bao, Hailong Piao, Yuancheng Liu dan Xiameng Hu.
Alat ini merupakan penyelesaian kepada bateri cas yang diguna pakai dalam gajet
elektronik pada masa kini. Alat ini berfungsi sebagai kuasa sel mudah alih dan
dikatakan mampu membekalkan tenaga elektrik kepada satu laptop.
Jam Tangan Tokyoflash
Jam
tangan konsep Tokyoflash ini di reka bentuk oleh pereka Olivier
Demangel, reka bentuk yang unik plat dan
dail berongga dengan sel solar bersepadu. Jam ini
mampu melihatkan suhu, masa, kalender dan sebagainya. Jam tangan ini juga
bersuara. Bentuk jam tangan ini sangat unik dan ada yang mengaitkannya sebagai
jam tangan evolusi masa hadapan.
XBOX 720 / XBOX 3
Satu
generasi permainan konsol XBOX keluaran Microsoft. Konsol ini sangat canggih
dan tahan kepada sebarang tekanan. Ia memberikan dimensi baru kepada semua
pemain game dalam talian. Dengan menggunakan
pemprosesan terbaru dan kuasa bateri yang tahan sehingga 6 jam, konsol ini
dilihat mampu memenuhi pasaran game antarabangsa. Tahun keluaran dijangkakan
pada 2012.
Eco
DriveMonorel (EDM)
Konsep infrastruktur
kereta api masa depan. Operasi yang cekap yang menggabungkan
nilai lama dan baru. Secara amnya, konsep yang direka adalah
dua kereta api bergerak dalam satu arah atau
boleh bergerak dalam arah yang berbeza. Ia menawarkan pelbagai
teknologi mesra alam dan ciri-ciri reka
bentuk yang inovatif.
iCup
iCup adalah konsep inovatif yang dicipta
khusus oleh Apple yang dapat pemanaskan setiap minuman dalam cawan dengan menghubungkannya
dengan notebook pengguna, melalui peranti yang menyokong sambungan USB. Tujuan utama dari projek ini adalah untuk
menyediakan notebook yang mesra pengguna.
NASA Commercial Aircraft
NASA
telah mengeluarkan imej pesawat komersial yang dijangkakan akan beroperasi pada
2025. Pesawat ini di bangunkan dengan reka bentuk yang maju dan mempunyai dua
fiuslaj yang bergabung. Pesawat ini juga mempunyai teknologi mesra alam dan
membakar minyak 50% kurang daripada pesawat komersial biasa. Model pesawat ini
dilihat mampu dibangunkan sebagai pesawat pelancongan ke angkasa.
Mercedes-Benz
BIOME
Mengambil inspirasi
dari alam semula jadi, reka bentuk kenderaan ini diintegrasikan
sepenuhnya ke dalam ekosistem, iaitu dari penciptaannya hingga
ke akhir hayat penggunaannya. Kereta ini direka dengan menggunakan tenaga udara untuk bergerak. Manakala
badan kereta ini dibuat dengan bahan kompos yang dimajukan. Kereta ini sangat
mesra alam dan dijangka keluar pada akhir 2015.
Honda Flying Car
Syarikat
Honda telah membuat satu lagi revolusi dalam rekaan keretanya dengan
memperkenalkan kereta konsep udara. Kereta ini telah diperkenalkan dan direka
oleh Studio Reka Honda di California. Honda mengambil inspirasi dari sukan
terjunan udara dan roller coaster, menggunakan udara termampat sebagai sumber
tenaga utama. Kereta ini dilihat sebagai peneraju dalam industry kereta terbang
pada masa hadapan.
The SHOOTRITE KATANA
Senapang masa hadapan bagi tujuan pertempuran
dalam bandar. Inspirasi dari pedang Katana, senapang ini dihasilkan oleh syarikat Red Jacket. Senapang
ini berkemampuan seperti M4 dengan jarak tembakan yang lebih tepat. Senapang ini
dihasilkan dengan rekaan separa komposit yang menjadikannya lebih ringan dan
sesuai digunakan dalam pertempuran jarak dekat.












Tiada ulasan:
Catat Ulasan