DTHN merupakan dasar penting untuk
meneruskan kepesatan pembangunan negara pada masa depan, di samping menjadi
salah satu usaha untuk menggunakan teknologi yang lebih baik dan kurang
berbahaya kepada persekitaran.
Galakan fizikal peruntukan kewangan
untuk pembangunan dan penggunaan teknologi hijau yang diumumkan oleh Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semasa Belanjawan 2010 amat
bertepatan pada masanya. Usaha ini secara langsung memanifestasikan keyakinan
dan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan teknologi hijau sebagai penjana nilai
tambah kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
Ketika ini, teknologi hijau memainkan
peranan penting dalam merangka hala tuju pembangunan negara. Oleh sebab itu,
nama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dirombak menjadi Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Secara konsep, teknologi hijau
ditakrifkan sebagai “pengaplikasian ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk tujuan
praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa mengakibatkan kepupusan sumber
dan mencemarkan alam sekitar”.
Tonggak utama DTHN meliputi tenaga,
alam sekitar, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesungguhan kerajaan
menggerakkan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau tidak akan menghasilkan
impak yang diharapkan tanpa bantuan dan kesedaran rakyat.
Antara usaha yang dilakukan untuk
menyokong pembangunan teknologi hijau di Malaysia ialah dengan menyediakan persekitaran
pembangunan teknologi hijau yang kondusif. Pembangunan industri teknologi hijau,
sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan perlu sokongan dari aspek
kewangan dan fizikal. Pada masa yang sama, usaha memperkukuh pemahaman
masyarakat tempatan terhadap industri teknologi hijau dan rantaian nilai
termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri perlu
dilakukan untuk memudahkan masyarakat menerima konsep dan objektif teknologi
ini. Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap teknologi hijau yang
membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan
pembangunan industri tempatan sangat penting.
Selain itu, menubuhkan hab teknologi hijau yang strategik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian
nilai utama kepada industri utama merupakan strategi bijak yang perlu dilakukan
supaya teknologi ini dapat diperluaskan pembangunannya.
Negara juga perlu menyediakan sumber
manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk
pembangunan teknologi hijau. Untuk mencapai hasrat ini, bantuan kewangan dan
biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan teknologi hijau di peringkat
Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah perlu diperkasakan. Selain itu, program
melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia
yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri teknologi hijau. Penyediaan
mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang teknologi hijau dan pengeksploitasian program brain gain bagi mengukuhkan
kepakaran tempatan dalam sektor teknologi hijau juga perlu diperbanyakkan.
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi
Dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru,
teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos teknologi hijau dan
mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi (RDI) akan
ditingkatkan melalui dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta
dalam RDIC. Selain itu, keperluan teknologi hijau pada masa hadapan perlu difikirkan
agar teknologi ini bukan hanya di mulut sahaja tetapi diaplikasikan.
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat
kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk
perkembangan Teknologi Hijau juga wajar dibentuk.
Promosi yang efektif dan kesedaran
awam antara dua faktor utama lain yang mempengaruhi kejayaan pembangunan teknologi
hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran
masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah promosi berterusan yang
efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif
untuk meningkatkan kesedaran awam dalam teknologi hijau. Selain itu,
penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang
efektif untuk mempromosikan teknologi hijau. Memupuk budaya menghayati teknologi
hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem
sukatan pelajaran yang efektif serta mengadakan Program demonstrasi secara
efektif dalam implikasi teknologi hijau supaya memudahkan masyarakat menerima
pakai kelebihan teknologi ini.
Secara kesimpulannya dapat dirumuskan
bahawa teknologi hijau merupakan satu pendekatan baru yang berpotensi diterokai
Malaysia dalam mengoptimumkan penggunaan tenaga. Dengan wujudnya dasar
teknologi hijau nasional ini diharapkan Malaysia mampu mencapai status negara
maju pada masa akan datang.

Saudara Hilmi, pada pandangan saya, apa yang paling penting untuk mengimplimentasikan perkara ini adalah Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi Dan Pengkomersialan (RDIC) dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos teknologi hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC. Selain itu, keperluan teknologi hijau pada masa hadapan perlu difikirkan agar teknologi ini bukan hanya di mulut sahaja tetapi diaplikasikan
BalasPadamPerlaksanaan teknologi hijau ini merupakan satu usaha yang penting bagi mengurangkan kadar pencemaran. Namun perkara ini tidak akan berjaya sekiranya mentaliti rakyat tidak diubah selaras dengan peningkatan teknologi kini. Masyarakat seharusnya bijak dalam memilih untuk menggunakan teknologi yang kurang membawa kepada pencemaran.
BalasPadamMOHAMAD RIDZLAN BIN MOHD SIDEK
A128230
Teknologi hijau adalah suatu teknologi yang baru sert wajar diberi perhatian. Ini adalah kerana dunia sedang berhadapan dengan krisis penceramaran akibat daripada sisa elektronik yang serius. Justeru itu, penggunaan teknologi hijau ini akan sedikit sebanyak mengurangkan pencemaran alam.
BalasPadamsaya amat kagum dengan isu yang diutarakan oleh saudara hilmi. teknologi hijau perlu dipraktiskan dengan secepat mungkin kerana bumi kita sekarang berada dalam keadaan yang teruk.saya sangat bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oelh hilmi.
BalasPadammohd aliff bin abdul wahab
A128371
penggunaan teknologi hijau amat popular pada zaman kini kerana, teknologi hijau membantu penggunaan tenaga yang efisien selain dapat mengurangkan pencemaran di muka bumi ini. Syabas saudara, saudara matang dalam penulisan saudara dan berjaya membangkitkan isu ini.
BalasPadamOmar Shaheran Bin Zainudin
A128243
assalamualaikum.
BalasPadamsaya tertarik dengan topik yang saudara ketengahkan ini.
segala pengetahuan yang saudara kongsikan ini sedikit sebanyak memberikan ilmu yang berguna kepada saya.disamping itu,saya amat berharap agar teknologi ini diperluaskan di sekolah kawasan2 pedalaman bagi memantapkan lagi ilmu dikalangan pelajar2 sekolah di Malaysia ini.
a129428
hassan bin mustafa afifuddin
atisan19.blogspot.com